Hari Rabu
yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna yang cemerlang
kehidupannya yang “pendek tetapi panjang” (1906 - 1949) rahimahullahutaala
dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukkannya yang tinggi,
pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik.
Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada
aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan
kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk
merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya.
Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang
terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan
kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.
Di antara
tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam
kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut:
1.
Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang
Al Imam
telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang,
masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya
memanifestasikan sabda Rasulullah saw “biarkan aku dengan manusia”. Maka beliau
telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan
penasihat yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka,
memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau berhubung
dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh
dan para ulama ke arah asas kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di
atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum,
begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha
menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sukar dengan
berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah
Mesir dan tumpuannya yang secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan
Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan dan
Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi
suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai aspek.
2.
Tidur Yang Sedikit.
Adapun
waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti
kepada batas-batas material iaitu emas semata-mata. Beliau juga tidak bersikap
birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak
mensia-siakan walau satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu
banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai apa-apa
kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam
kerana cintakannya, berfikir untuknya, membuat perancangan baginya,
memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah
risalah-risalahnya seperti: Da’watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi
turin jadid, Ilas syabab dsbnya. Untuk memperkuatkan lagi perkembangan dan
titik tolak (perjuangan fikrah dakwahnya). Beliau tidak berhenti disebabkan
kesesatan serta tidak disibukkan dengan urusan titik bengik. Beliau juga tidak
terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da’wah pada
hematnya adalah ruh yang mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.
3.
Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)
Imam al
Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat
syumul (kesempurnaan), rabbani (bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan
universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau
setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan
serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis di pinggir-pinggir
perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai
politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian,
hubungan antarabangsa, ugama-ugama da’wah dan sebagainya. Beliau begitu
cintakan ilmu dan para ulama’. Suasana kemunduran didalam ummat telah
merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Islam
yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambiltahu. Kerana itu beliau
telah menekankan di dalam Risalah Ta’alim: “Islam membebaskan aqal serta
menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan ulama’.
Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. ”Hikmah
adalah barang yang hilang dari orang mu’min, dimana sahaja dia menjumpainya,
dialah yang lebih berhak terhadapnya.”
4.
Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da’wah
Al Banna
mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi
individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti, puak-puak, bahkan seluruh
penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan
rasa cinta kepada da’wah, suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di
dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong
melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da’wah didalam
berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah mematangkannya (fikrah dan
da’wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian
beliau menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi
batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut. Sebagaimana beliau juga
berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk
linkungan dan martabat ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam
hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa “sesiapa yang sama dua hari
(dalam hidupnya) maka dia telah tertipu”. Beliau mengambil berat terhadap ummat
seluruhnya dengan sebenar-benarnya, sehingga tanahair islam pada hemat beliau
dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana
pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang tidak
mengambilberat terhadap urusan orang islam bukanlah dari golongan mereka.”
5.
Memberikan sifat dan neraca sukatan
Al-Imam
alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam,
kefahaman, akhlaq yang baik, serta perlaksanaan beban da’wah. Di antara neraca
dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai’ah yang sepuluh: Faham,
ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud
(tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu juga : “Wajibat al
akh al muslim” (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga “Simat al
akh al muslim” (Tanda-tanda akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul)
ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap
hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri,
serta bermanfaat kepada orang lain.
Sesungguhnya
kami, dalam bicara yang cepat (ringkas) ini, tidaklah mencatitkan sejarah untuk
lelaki ini (alBanna). Sehingga hari ini belum ada sebarang catatan sejarah yang
layak untuk Imam mujaddid ini. Kami juga tidak berniat memuji-muji alImam yang
unggul ini, bahkan kami tidak merasakan beliau perlu kepada pujian dari kami,
tetapi kami ingin untuk menggambarkan beberapa pengajaran dari gambaran
peribadi penda’wah yang unggul ini untuk sesiapa yang ingin mengambil
pengajaran darinya, pada waktu yang bersangatan kegelapan kemunduran,
penindasan serta berceraiberai yang dilalui oleh ummat. Sesungguhnya AlImam al
Banna rahimahullah- berada setapak kedepan didalam memahami golongan
salaf, dan dia adalah model imam golongan khalaf. Beliau membangkitkan alam
Islami dari tidurnya tanpa mempunyai sebarang mekanisma pemerintah dan
menteri-menteri di dalam tangannya. Sehinggalah hari ini berkumandanglah suara
Islam yang benar melaungkan disegenap tempat: “Islam Adalah Agama dan Negara”,
selepas dari keadaan di mana Ibadah di sudutkan di penjuru-penjuru masjid
sahaja, ataupun aqidah yang di simpan disudut-sudut hati, dan perasaan di dalam
jiwa semata-mata.
Betapa
indahnya tulisan beliau semasa memberi amaran tentang pemberian tanggungjawab
yang tidak disertakan dengan aspek ruhi, (Beliau begitu menekankan setiap
tarbiah hendaklah rabbani dan ruhi) beliau juga menyeru untuk meningkatkan
ukhuwwah dari tahap percakapan dan teori kepada tahap perlakuan dan amal
perbuatan, dan di dalam pembentukan usrah-usrah Islamiah disandarkan kepada
tiga rukun : Taaruf (saling kenal mengenali), Tafahum (saling faham memahami)
dan Takamul (saling lengkap melengkapi).
6.
Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal
Ustaz
alBanna menceritakan dalam “Muzakkirot adda’wah wad da’iah” beberapa contoh
tipudaya yang hina yang telah dilaluinya semasa zaman pembelajarannya dengan
sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih
berusia dari beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan
keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur (asid) yang pekat
semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir
tahun pengajian, tetapi anihnya, alBanna telah berjaya dalam peperiksaan
tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni’mat serta kelebihan dari Allah yang
wajib diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah
memberikan kemaafan. “Dan barangsiapa yang memberi kemaafan dan berlapang dada,
maka ganjarannya pada Allah”.
Beliau juga telah membentangkan banyak
contoh tipudaya yang hina ini di dalam kehidupannya sebagai penda’wah, juga
dorongan kekerasan dari golongan yang mengintip da’wah serta membencinya.
Mereka telah melemparkan tohmahan bahawa beliau mengadakan bid’ah di dalam
agama, mengendalakan masjid-masjid, memerangi Islam, serta memberikan fatwa
dengan batil semasa beliau berusaha untuk melaksanakan sunnah dengan menunaikan
solat sunat hariraya di tanah lapang. Begitu juga mereka melemparkan
tuduhan-tuduhan terhadap beliau dan al Ikhwan selepas daripada ceramah yang
beliau sampaikan tentang Isra’ dan mi’raj dengan menda’wa bahwa ikhwan muslimin
menginkari isra’ dan mi’raj serta mengatakan bahwa peristiwa tersebut bukanlah
mu’jizat, serta berlaku dengan ruh sahaja tidak dengan badan, lalu mereka telah
keluar dari ijma’ umat Islam serta apa yang telah diterima oleh para imam.
Bahkan ada
juga yang menuduh bahwa alBanna menjadi “ilah” yang di sembah oleh al ikhwan.
Akan tetapi, pendirian al Banna dalam menghadapi tohmahan-tohmahan tersebut
adalah dengan memberikan contoh tauladan melalui amalan secara serius menentang
kebatilan–kebatilan tersebut. Beliau berkata: “Sibukkan manusia daripada
pemikiran yang salah dengan (memberikan atau mengajar) pemikiran yang benar”.
Sebenarnya, alBanna sedar serta yaqin bahawa hakikat berda’wah adalah manusia
akan mengata-ngata keatasnya dengan kebatilan.
Semoga
Allah merahmati AlBanna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran
bagi beliau, juga meneguhkan kita di atas jalan hak dan kekuatan selepas dari
pemergian beliau.

No comments:
Post a Comment