Sesungguhnya ucapan pemimpin Parti Likud berhubung dengan
perdamaian sepatutnya membangkitkan kesan kepada setiap Muslim dan Arab,
pemerintah atau yang diperintah, kerana ia menguatkan apa yang telah dia
(pemimpin Parti Likud) tulis di dalam bukunya, “Suatu Tempat di bawah Matahari”
di mana dia berkata: “Di sana terdapat dua jenis perdamaian, pertama: yang
dibuat di antara negara-negara demokratik; dan yang kedua: (yang dibuat) dengan
negara-negara diktaktor. Yang pertama itu berdiri di atas setiajanji serta
asas-asas yang dihormati dari segenap pihak. Manakala yang kedua itu berdiri di
atas penolakan pihak-pihak demokratik terhadap pihak-pihak diktaktor. Oleh
kerana Israel adalah satu-satunya negara demokratik di Timur Tengah, sedangkan
semua negara-negara Arab diperintah oleh peraturan (kuasa) diktaktor, maka
sesungguhnya perdamaian (dengan cara) penolakkan dengan kekuatan ketenteraan
yang bertambah besar adalah sebaik-baik apa yang boleh ditawarkan oleh Israel”.
Setelah penjelasan ini (dari buku tersebut) mengenai hakikat musuh
serta niat-niatnya: apakah dia sikap ataupun pendirian negara-negara Arab dan
Islam di hadapan ancaman dengan penolakan menerusi kekuatan ketenteraan yang
bertambah besar ini? (Jawapannya) Salah satu daripada dua pendirian, tidak ada
yang ketiga baginya: samada tunduk kepada penolakan ketenteraan ini atau dengan
kata lain menyerah diri di bawah slogan perdamaian, serta membiarkan musuh
merealisasikan apa yang telah digariskan daripada matlamatnya (iaitu) “Israel
al Kubra (yang besar) daripada Nil hingga ke Furat”, yang meliputi Palestin,
Jordan, Syria, Lubnan, Iraq dan Mesir. Maka, ini bermakna kesia-siaan, keaiban
dan kerugian bagi orang-orang Arab dan Islam.
Adapun sikap yang kedua ialah: orang-orang Arab dan Islam mengambil
urusan ini dengan suatu keseriusan yang sepadan dengannya. Apabila musuh telah
mengancam dengan kekuatan maka tidak dapat tidak kita hendaklah menyediakan
diri kita untuk menghadapi kekuatan dengan kekuatan, dan setiap daripada kita yakin
bahawa kita akan menjadi orang yang menang dengan izin Allah. Demikianlah,
apabila kita memperelokkan tawakal ke atasNya, serta setelah kita berazam untuk
mengembalikan setiap hak-hak kita dan membebaskan setiap jengkal dari bumi
kita, maka nescaya Allah akan menguatkan kita dengan pertolonganNya. “Hai
orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad: 7).
Sesungguhnya musuh zionis itu berbenteng dengan kekuatan Amerika dan
mengeksploitasi jangkamasa menjelang pilihanraya Amerika. Lantas, dia (musuh)
pun bongkak dan mengancam membina penempatan-penempatan baru untuk
pendatang-pendatang dan membuka terowong di bawah Masjid al Aqsa, dan tidak
akan kembali hak-hak ini melainkan dengan kekuatan. (Peristiwa terowong ini
telah menyebabkan pergeseran di antara pihak Yahudi dan Islam di Palestin serta
mengorbankan banyak nyawa di kedua belah pihak: tambahan dari penterjemah)
Cita-Cita itu Besar (tinggi)
Tidak dapat tidak, hendaklah kita membangkitkan harapan di dalam jiwa
serta membebaskan diri kita daripada al Wahan yang telah menimpa banyak manusia
dan hendaklah kita menambatkan pertolongan dan kemenangan daripada Allah. (Asal
perkataan al wahan boleh didapati daripada Hadith yang dikeluarkan oleh Imam
Abu Daud yang bermaksud: “Hampir dunia mengerumuni ke atas kamu (umat Islam)
seperti mana orang-orang yang sedang makan menghadapi makanannya. Maka berkata
seorang sahabat r.a., apakah lantaran sedikit bilangan kita pada hari itu? Jawab
Rasulullah saw, malah kamu pada hari itu ramai tetapi kamu seperti buih laksana
buih banjir. Dan Allah telah mencabut kegerunan daripada dada (hati)
musuh-musuh kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu al Wahan. Maka berkata
seorang sahabat ra, apakah al Wahan itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw:
Cintakan dunia dan bencikan kematian : Penterjemah.) Sesungguhnya kita telah
merasakan yang demikian itu dalam peperangan Oktober 1973, bahawasanya
persediaan keimanan bagi pejuang-pejuang di bulan Ramadhan dan teriakan Allah
Akhbar merupakan pertolongan dalam mengatasi dan memenangi ke atas musuh.
Begitu juga Barisan Penentangan Kebangsaan (Al Muqowwamah
asSha’biyyah) yang berjuang di bandar Suez pada 24 Oktober 1973 daripada dalam
masjid-masjid. Dan kita ingin menyebut dengan kebaikan al Mujahid al Haj Hafiz
Salamah dan saudara-saudaranya daripada tentera-tentera, sesungguhnya mereka
telah mempertahankan Mesir seluruhnya dan mereka telah mengusir musuh zionis.
Begitu juga, kami mengingati Barisan Penentang Kebangsaan Lubnan (Al Muqowwamah
asSha’biyyah al Lubnaniyyah) yang telah meletupkan tempat penginapan musuh dan
memaksa kekuatan tentera Marin Amerika untuk meninggalkan Lubnan. Juga
amalan-amalan mati syahid yang muktahir di Palestin dan Quds oleh Barisan Penentang
Islam (al Muqawamah al Islamiyyah) dan yang terbunuh di dalamnya 60 orang
zionis, ianya mempunyai kesan yang paling besar dalam memecahkan kesombongan
serta tipu daya zionis dan menghalau musuh kepada Clinton bagi mendapatkan
keamanan.
Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang lalu pada tahun 1948
nescaya kita telah menyaksikan apa yang telah didirikan (dibangunkan) oleh al
Fadaiyun (orang-orang yang menebuskan jiwa raga) daripada Ikhwan al Muslimin
dan selain daripada mereka yang menentang pihak zionis. Apa yang telah mereka
tegakkan mungkin boleh mengubah arus peristiwa-peristiwa, tetapi komplot di
antara negara-negara asing yang telah menerima aduan daripada negara musuh
bersama dengan kerjasama dari setengah negara-negara Arab dalam komplot ini,
telah membawa kepada gagalnya peperangan tersebut dengan termeterinya genjatan
senjata, diikuti dengan pengisytiharan pembahagian negeri dan pengiktirafan
Amerika serta Rusia terhadap kewujudan perampas zionis.
Mendedahkan Musuh Sesungguhnya ahli falsafah Roger Garudi semasa
lawatannya ke Mesir telah menolong mendedahkan musuh zionis itu di mana ia
telah berkata “Sesungguhnya Israel adalah tentera yang mempertahankan petrol di
Timur Tengah mengikut perkiraan Amerika serta Barat, yang telah menanam (meletakkan)
Israel di suatu pusat ekonomi yang penting di dunia bahagian ini, yang
mempunyai separuh daripada bekalan petroleum dunia. Dan mereka telah
menyempurnakan perlengkapan musuh ini dengan senjata-senjata bagi
merealisasikan kubu ini (musuh zionis) yang tegak padanya tempat mengintip
orang-orang Arab dan Islam, serta memperkembangkan senjata dan jadilah ia suatu
kubu nuklear. Ia juga menghalang negara-negara Arab daripada memiliki senjata
ini, serta pada tanggapan musuh, senjata nuklear ini akan menghancurkan harapan
orang Arab untuk mencapai kemenangan yang terakhir ke atas Israel”. Yang
dimaksudkan daripada penerangan Roger Garudi ini adalah, sebarang pencerobohan
daripada musuh zionis itu walaupun apa bentuknya, dikira sebagai pencerobohan
daripada Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka sesungguhnya dialah (Amerika) yang
bertanggungjawab terhadap pencerobohan-pencerobohan ini. Dan wajiblah ke atas
kerajaan-kerajaan kita dan bangsa-bangsa kita untuk merasakan hakikat ini lalu
menentukan pendiriannya dalam menghadapi Amerika yang menaungi pencerobohan
ini, serta apa yang mungkin untuk dia menyusunnya daripada penat lelah dan
buruk hubungan dengan negara-negara setempat. Garudi telah berkata lagi:
“Sesungguhnya Israel tidak akan dapat bertahan melainkan beberapa bulan yang
sedikit sahaja sekiranya Amerika meninggalkannya (membiarkannya).” Begitu juga
dia berkata: “Sesungguhnya Amerika menguasai ekonomi dunia melalui bank dunia,
tabung pertukaran wang dunia dan perjanjian GATT”. Beliau juga telah menunjukkan
kepada kemusnahan dalaman yang Amerika kini sedang hadapi. Beliau juga
berbicara tentang Islam dan bagaimana ianya (Islam) merupakan harapan bagi
dunia seluruhnya untuk keluar daripada tribulasi-tribulasi semasa. Sesungguhnya
Garoudi mengutamakan politik Netanhayu daripada Peres kerana ianya menyatukan
orang Arab, dan dia telah berkata: “Sesungguhnya titik kelemahan bukanlah
kekuatan-kekuatan bersenjata maka bolehlah kita menghancurkan roket-roket
dengan Intifadhah (kebangkitan).” Dan dia telah berkata lagi: “Kalaulah dunia
ketiga memutuskan hubungan dengan Amerika nescaya akan membawa Amerika kepada
muflis”, dan dia menyeru kepada kepentingan (ke arah) mempunyai pasaran bersama
(common market) dan hubungan dagangan di antara selatan dengan selatan.
Bahawasanya kami memberikan amaran kepada negara-negara Arab yang
akan menyertai persidangan ekonomi, daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur
negatif persidangan ini dan matlamat yang dituju oleh musuh iaitu
menyempurnakan kebersamaan dengan negara-negara Arab, menghapuskan pelbagai
sekatan, memerangi bangsa Arab dengan pelbagai warna kefasadan (kerosakan) dan
kehancuran, begitu juga pengawalan ekonomi terhadap negara-negara tersebut
(Arab).
Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah disifatkan oleh Allah Taala
sebagai “manusia yang paling kuat permusuhannya dengan orang beriman, sebagai
orang orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi, sebagai orang yang
tidak akan meninggalkan ruang ataupun jalan ke atas kerosakan melainkan mereka
akan mengambilnya”. Kita juga mendapati mereka bertolong-tolongan dengan setiap
orang yang merasa permusuhan terhadap Islam dan umat Islam dalam setiap
pekerjaan yang boleh mendapatkan orang-orang Islam. Tetapi: “mereka membuat
tipu daya dan Allah juga membuat tipu daya dan Allahlah sebaik-baik pembuat
tipu daya”.
Islam Adalah Agama Kedamaian Tetapi Ia Telah
Mewajibkan Jihad
Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah dengannya
Rasul-rasul dan nabi nabi semenjak dahulu lagi. Kemudian, Allah mengutuskan
dengannya Nabi kita Muhamad saw dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia
hingga ke hari kiamat. Dan ia (Islam) adalah satu agama dan negara yang
mengatur kehidupan manusia serta perhubungan-perhubungannya dan mengarahkan
mereka kepada risalah mereka di dunia supaya mereka berbahagia di akhirat. Dan
ia adalah satu agama perdamaian, keamanan, kemerdekaan, dan keadilan. Ia adalah
agama kecintaan, kasih sayang, tolong menolong dan imbang mengimbangi, ia
menyuruh dengan segala yang baik dan melarang dari segala yang buruk. Allah
juga telah menjadikan Jihad sebagai satu kewajiban penyudah ke atas orang-orang
Islam sehinggalah hari kiamat, ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada
mati Syahid, serta meninggikan kedudukan para syuhada. Tanpa Jihad tidak
berdirilah tunggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah
kerosakan. Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia
dengan kekuatan dengan firmannya
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu
sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan
persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain
mereka yang kamu tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya” (al Anfal: 60).
Sebagaimana dikatakan orang: Sesungguhnya persediaan adalah
sebaik-baik jalan ke arah keselamatan. Firman Allah Taala lagi:
“Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan
kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan
Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan
kepadanya pahala yang besar” (an-Nisa’: 74).
Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang
dengan seburuk-buruk balasan.
Di samping itu, Jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan.
Juga, jalannya itu merupakan semulia-mulia jalan. Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang,
mereka tidak melampaui batas, mereka tidak menghancurkan, mereka tidak
merosakkan (memotong) tumbuhan, tidak mencuri, tidak merampas harta benda, dan
mereka juga tidak mencerobohi tempat-tempat larangan (yang dihormati). Maka
mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik pejuang sebagaimana mereka juga
dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai. Begitu juga,
telah nyata larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, serta
larangan daripada membunuh orang-orang yang cedera, menghina rahib-rahib dan
orang-orang yang bertapa (beruzlah). Dan sesiapa yang tidak memerangi tentera
Islam adalah selamat. Maka di manakah itu jika dibandingkan dengan
serangan-serangan terhadap orang-orang awam (civilian), dan kekejaman keatas
mereka yang sangat keji?
Di antara kata-kata al Imam asSyahid Hasan
al Banna dalam Risalah al Jihad di bawah tajuk “Kenapa seorang Islam itu tidak
berjuang?” yang berbunyi: “Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam
bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan, dan bukan juga satu cara untuk
menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi sebagai benteng pelindung untuk
dakwah, serta jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al
Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang Islam iaitu risalah
memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan. Adapun Islam, meskipun ia
mewajibkan peperangan ia juga telah mengambilberat dengan perdamaian.
Sebagaimana firman Allah:
“Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan
bertawakallah kepada Allah..” (al Anfal: 61).
Begitu juga, al Imam asSyahid berkata pada penutup Risalah al Jihad
“Sesungguhnya ummat yang menyebabkan kematian dengan cara yang baik dan
mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan
kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat.
Tidak adalah al Wahan yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia dan
kebencian kepada mati. Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini
dan inginkanlah kepada kematian, nescaya akan diberikan kepadamu kehidupan. Dan
ketahuilah kematian itu tidak dapat tidak daripadanya. Ianya (kematian) adalah
sekali sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di
dunia dan balasan pahala di akhirat. Tidaklah menimpa kamu melainkan apa yang
telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang
mulia itu kamu berjaya dengan kebahagian yang sempurna. Semoga Allah
mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya.” Di
sini kami mengira bahawa sesungguhnya dia (Imam asSyahid) telah berjaya dengan
mati syahid pada jalan Allah. Seterusnya kami memohon kepada Allah agar
mengurniakan kami mati syahid pada jalanNya, agar memuliakan kami dengan Islam
dan memuliakan Islam dengan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Dekat
lagi Maha Menerima doa.

No comments:
Post a Comment